Khamis, 10 Julai 2014

Celoteh kak atiey

Assalamualaikum ...hey hey hey ...lama x update. Berhabuk jugak dibuatnya..first of all 23.6.2014 yang lepas ,aku diminta untuk melaporkan diri di sebuah syarikat terkenal ? Korg mungkin kurang familiar,tapi syarikat inilah yang bertungku lumus dalam hal2 kehilangan MH370..lama sudah berita kehilangan kapal terbang ni..tapi sampai sekarang kita masih menanti kepulangan mereka..sebak pulak rasa lebih2 lagi nak raya ni..Ya Allah tabahkan hati2 mereka untuk tempuh semua dugaanMu .. Amin

Back to my topic...ekhemmm..kenapa ek aku kena lapor diri?? Haaaa...sebab bermulanyalah era baru dalam hidup aku merasai kehidupan berkerja..sem 4 was my practical sem .Aku bangga ,alhamdullilah lagi 3 sem magician diploma aku..tak mengapa lambat sikit dari member2 lain ..rezki itu ada dimana2,dan perlu dicari .yela manala ada rezki datang bergolek2..lainlah durian runtuh kan?

Aku bersyukur sangat2 sebab puasa kali ini bersama keluarga..dan tersangat " bahagia " bersama ahli keluarga baru aku iaitu kakak ipar akuu..kenapa aku bold begitu? Haha..tak mahu publiksiti murahan orang kata ..tak baik kita memburukan seseorang walau sememangnya BuRuk !!!.. Opppsssss...terlepas pulakk..nama dia Aida khoo..naakkk tahuu pasal dia pulak? Next paragraph.. Continue your reading please ...buehehe..

Dia anak yatim.,x silap aku bapak dia meninggal tahun lepas..dan dijaga mak angkat dia..kenapa khoo? Bapak dia orang cina?..kenapa tak sepet.? Kontra habis dengan family aku ? Opps...jawab semdiri lahh ye..he he..dia muda dari aku around 16 I guess ..dia adik tapi mustahil aku nak panggil dia kakak..x layak okay..haha..cukuplahh cerita pasal dia..bosan !

Aku kat syarikat ini selama 6 bulan..7.3 tamat lah khidmat aku kat sini..yupp,aku masih segan lahh nak tegur2 orang..selalu buat hal sendiri..alahai zati oii..yela aku sorang je praktikal..lagi sorang x jadi .. So I'm alone ...kuekk keukkk * menangis itik ..so far,aku kena key in data pakai database..punya lah pening tapi seronok sebab aku dapat access maklumat pekerja satu company..buehehe..*keluar tanduk sikit..

Okay sampai sini jela aku berceloteh..waktu rehat pun dah tamat..back to work ..tatapi gambar selfie baik2 hahah..jaga diri semua..assalamualaikum ..

Khamis, 21 November 2013

Persediaan sebelum peperiksaan! *wajib baca





Assalamualaikum..


 "arghhhhhhhhhhh...exam dah dekat.....semapt ke tak nak study ni....streessssssssss!!!!!!!!!!!!!!"


Jangan strees2...Ruangan ini  memang disediakan khas buat mereka yang bakal menghadapi peperiksaan tak kiralah apa jua jenis sekalipun..memang korg nak score yang terbaik bukan? sebelum kita bercerita lebih panjang , saya mencadangkan tatacara pemakan yang perlu diambil yang boleh diamalkan.insyaALLAH mujarab :) nahh..stalk2 skit ruangan 2013 cari ..

Kebaikan Breakfast :)

  
PERSEDIAAN MENGHADAPI UJIAN
*saat akhir

1. Nota ringkas


gambar secadar hiasan



menarik bukan ? nota kecil tidak semestinya sekadar nota yang dipenuhi tulisan2 pendek yang agak membosankan.Aplikasikan kreativiti anda dengan mengabungkan warna2 ceria..dan ditambahi dengan lukisan2 comel yang memudahkan lagi proses pembelajaran dan daya ingatan :)Proses ni adalah paling berkesan bagi mereka yang sering belajar saat akhir.
Bagaimana?

  • setelah selesai belajar di kelas,pastikan anda membuat nota kecil sebagai rujukan..mencari kata-kata kunci .(peta minda @ nota biasa)
  • dan disaat akhir,gunakanlah kata-kata kunci  tersebut dan buat kembali peta minda yang lebih efektif dan paling penting ikutlah cara masing-masing .
  • kalau ada sticky note,tampalah di tempat yang mudah anda lihat ..terutamanya meja belajar dan dinding bilik tidur yang mudah dibaca sebelum kita melelapkan mata :)



2. Refresh,recall..

bagaimana caranya untuk mengigati segala perkara penting dengan baik ?terdapat banyak cara kita boleh praktikan..
  • melalui study group  :)

dari sembang-sembang kosong..manfaatkan dengan berbicara tentang pelajaran.nampak nerd?anda mahu berjaya bukan..jadi lakukan.bagaimana mahu membuat study group?


  1. pilih beberapa orang kawan .,pastikan mereka mempunyai kemahiran yang berbeza antara satu sama lain
  2. ini memudahkan proses pembelajaran,setiap ahli akan menerangkan tajuk yang berbeza.ini menjimatkan masa.
  3. niatkan juga untuk membantu rakan yang lemah .kongsikan ilmu ..manfaat bersama..insyaALLAH dapat keredaan  driNya.




  • latihan latihan dan latihan :)
saat-saat akhir bukanlah masa sesuai untuk menelaah kesemua nota-nota yang ada.tumpukan hanya pada soalan-soalan yang lepas.pastikan format peperiksaan semasa diketahui.ini penting bagi mengelakan kekeliruan dan pembuangan masa dan menekankan sesuatu bab yang harus diberi tumpuan dan "catch up".





3. Tawakal


setelah berhempas pulas study..hanya berserah padanya sahaja..berharap segala usaha anda berbaloi..ingat tuhan,ingan ibu bapa..ingat masa depan kita..tiada siapa mampu ubah cara hidup kita..melainkan kita sendiri bukan?


DO AND DONT
  • untuk belajar saat akhir,pastikan anda mendapat rehat yang cukup..belajar saat akhir tidak semestinya harus belajar berhempas pulas pada malam sebelum berlangsungnya peperiksaan. otak anda tidak mampu menampung perkara yang terlalu banyak secara mengejut.
  • relax ,.jangan tergopoh-gopoh kalau anda tahu kawan-kawan anda telah "study" lebih dari anda.Sebaliknya,cuba refresh bersama2 . 
  • pastikan anda tidak membuat perkara2 negatif sebelum,ketika peperiksaan.ini akan memberikan kesan yang tinggi pada otak kita.
  • jangan mudah terpedaya..dengan soalan2 bocor..hanya percaya daripada sumber yang boleh dipercayai sahaja.


PALING PENTING JANGAN MUDAH PUTUS ASA ! GOOD LUCK :)





Sabtu, 28 September 2013

Assalammualaikumwarrahmatullahiwabrkatuh...
hey.hey...helllo there... snyum sikit... :) jyeahhhh

first of all,,sory.,aku bru ada kesempatn nk share gn korg..yup..mklumlahh,final exam are really too close..2 minggu akn dtg...wohoaaaa cptnyaa...pejam celik pejam celik...hehe..will be akk sem3 ..amin :)haaaa...satu hal...oS aku..yaALLAH..aku x fhm lgsung sejak perginya madam M.bersalin...hurmm..dalm kelas ada sedaya mampu tumpukan perhatian..tpii..apakan daya..x masuk r cara dia mengajar..ohhh yaaa cri pasal madam M...tpi mmber aku..dpt msej MMS..wahhh comelnyaaa anak madam.."Fatimah Zahrah" sedap gak  nama dia kan?hhehe..

balik ke x balik ke tak..hurmm....raya haji ni mmg cuti pnjg sbbnya gabung gan cuti belajar?whattt??yuppp study week weyhh...kesian pulak aku dgr sore mak aku suruh balik..hmm...haaaaa jgn dok fikir bukan2 eh..aku x sekejam tu...aku nk balik..tpi parent aku kerap merungut pasal mnyak lah tol lahh...mmg lahh org ckp jgn amik hati sgt..tpi ni pasal x sampai hati aku kt ayh....jauhhh penat...jam terukk...tah lahh aku x sngup tgok ayh & mak aku penat...yer..mmg drg suruh balik..tpi x pelh..daging korban simpan sikit tok adik yer...dua mggu lepas tu adik balikk...hmm doakan kejayaan adik time exam tau :)

demammmm!!!!! yehhhh..sore kejantanan again??? hmm bru aku perasn stiap thun msti aku demm..hayy ni mesti kes...antibody x kuat r nni..yg x leyh blahh makk aku pun demam...erkkk yer adik tau demm rindu eh makk..hehehehe...aduhh...gile r .muntah2,pening,sakit tekan,selsema.,sesak nafas..demam...tu lah akibat x kn g hosptal..pdan muka kau zati!!!hhuh!! .muka aku?pucat magalahkn muka cina opera tau!lgi2 lepas mndaki tgga..perghhhhhh!!! yaALLAH peritnya lgi..lebh2 org yg aku nntikan..tiada...hummm damn!

soo..that all for now ...lov yaaa !!! >_<


Rabu, 28 Ogos 2013

Impiann gua




knock,knock,knock...
ASSALAMUALAIKUM :)

heyy...korg..buat apa tu..huhu..btw sorry x update..giler lama kot..beranak pinak bukan kat serangga ..binatang buas pun dah beranak cucu..bueheh..okie..soo..let seee...last update tu pasai si dia..erkk..ex aku.parah jugak laaaa kedaan aku...dengan final exam lagi..apa puncanyaaa??? ermm...aku rasa x perlu kot nak crita...past is past ..right? .. lumrah kehidupan...so take it as dugaan hidup..redho dengan segalanyaa,,smile sikit.. :)..

okie perkembangan aku sekarang..okie..aku masih lagi student kat politeknik muadzam shah..yup bidang networking..bakal hecker dalam mimpi ..haha..first time raya jauh di perantauan..sedih jugak lah..tpi apakan daya..demi masa depan kan..korg tau tak..aku ada misi terbaru jeah..nk tau apa ??


FIRST :  dip. in IT




SECOND : ijazah in grafic desinger



THIRD :  working :)



FOURTH : hehe



tu jelah kot....blaja slagi bolehhh kan :) xpe ..im belive that im can go more further than this ...kan...semua org boleh...lagi2...adanya si dia disisi..salalu support aku sentiasa..FAMILY ,FRIEND anddddd  my zombie!! sapa ekk ?? wohoooo...terlalu open nak crita kat sini ...sebb?? bt permulaan biarlah secara senyap,.jeng3..mesti ingt aku ni gila..knpa nama dia zombie right?? biarlah..dah tergila kt dia...mcm nielah jadinya...dan berharap hubngan kitaorg kekal selamanya..insyaALLAH ..amin.... :) nak tau lagi...nie last ..maybe...heheheheh..yg last tuu...haha..tetttttttt....yg penting aku nak smua persiapn hasil designn aku sndri..yerlah budak graduate it & grapic kan .. hehe...brangan lebih ...
itu je yg aku nak share...huhu..

pin3...byeeeeeeeee :) 





Sabtu, 15 Disember 2012

Bermulanya kisah seorang pelajar..

    Alhamdulillah,itulah kata-kata yang mampu aku ucapkan sebaik segala urusan aku selesai.Sukar untuk aku gambarkan betapa sebaknya hati aku sebaik melepaskan dakapan kedua ibu bapaku.Ya,aku pergi...jauh dari sisi keluarga..mengejar impian ingin menggengam segulung ijazah,ianya memerlukan sebuah pengorbanan dari diriku sendiri.Pahang merupakan sebuah tempat asing bagiku,tiada saudara mara,jauh dari mata keluarga dan rindukan yang tercinta sudah terbiasa bagi mereka yang bergelar pelajar." tahniah ,anda diterima dalam kemasukan politeknik Muadzam Shah,Pahang " itu antara pesanan ringkas yang aku terima.Serba tidak kena aku dibuatnya,gembira berbaur hiba..kerana terlalu yakin aku akan ke Melaka dan entah bagaimana aku diterima masuk ke Pahang.Aku akur,jelas kelihatan dari wajah kedua ibu bapaku mengharap aku menerima tawaran ini.Tak mengapa,jauh dari mata dia,kalau ada jodoh tak kemana bukan?.

       Sembilan disember,setelah selesai mendaftar,.aku berehat sebentar memikirkan adakah keputusan aku buat ,pilihan aku ini adakah benar-benar menjamin masa depan aku yang lebih cerah?adakah aku mampu memberikan score terbaik?dan bermacam-macam tanda tanya berlegar-legar di benak fikiranku.hmm..entahlah...setinggi mana kita pergi,ingatlah asal usul kita..itu yang penting.Aku datang untuk belajar..kini bukan masanya untuk bermain-main seperti zaman sekolah dulu..Segalanya harus diubah tidak kiralah dari apa aspek sekalipun , demi melihat ukiran senyuman kepuasan dari kedua orang tuaku..ya,aku rindu itu,dan aku adalah satu-satunya harapan keluarga.Dan aku nak buktikan  bahawa anak bongsu boleh berdikari dalam hidup sendiri ,tidak terlalu bergantung pada ibu bapanya selalu.


     Seminggu sudah masa berlalu,nasiblah aku pernah melalui kehidupan berdikari sewaktu menjalani PLKN dahulu.Aku sudah boleh menyesuaikan diri aku walau hati memberontak ingin pulang ke rumah,tapi apakan dayaku,.jarak perjalanan terlalu jauh..tunggulah saat yang sesuai yang diizinkna bapaku untuk pulang ke rumah..Tidak mengapalah zati,segala yang berlaku ada hikmahnya..sabarlah wahai hati..jangan kau terlalu ikutkan perasaan ini.,kelak ianya meracuni diriku ini ...yeeahh,,tak pe,,minggu depan sudah cuti crismas..im coming home pjay ....jyeahhhh !!!! hehe...alrite that all for now...bye :)







Jumaat, 21 September 2012

Aku manusia biasa !!

Sehinggalah saat ni,diantara kita masih tertanya-tanya adakah apa yang berlaku pada dunia hari ini ada akibat perbuatan manusia itu sendiri.Aku sememangnya bukan seorang hakim mahkamah..menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang bersalah,malah bukanlah seorang polis untuk menangkap mereka yang bersalah.Bukan seorang ahli politik dah  untuk membidas masalah ini,cukuplah aku seorang remaja perempuan yang mengejar kedamaian.Jika dibandingkan dengan dunia islam di luar sana..kita sendiri boleh lihat bagaimana sengsaranya hidup mereka kini berperang meskipun dalam dunia kelahiran mereka sendiri.Sedarlah kita bahawa mereka amat mengimpikan kedamaian seperti mana yang ada di negara kita.Bersyukurlah wahai sekalian umat..Aku tahu aku bukan ahli ulama untuk menyampaikan dakwah disini..cukuplah sekadar ingatan untuk kita bersama...wassallam :)

Khamis, 20 September 2012

Fakta tentang minyak wangi :)


 Pada zaman yang serba moden nie,memang sukar untuk sya menafikan bahawa kepelbagaian minyak wangi kadangkala menyukarkan anda membuat pilihan yang bijak sebelum membeli sesuatu produk tersebut lebih-lebih lagi ketika sale.Jadi disini sya ingin berkongsi bagaimana untuk membuat pilihan yang terbaik untuk diri dan sebagai pengguna yang bijak.Teruskan pembacaan anda.. :)

Perkara yang perlu dilakukan sebelum membeli :

* Lihat saiz botol
- dengan kewujudtan pereka-pereka produk yang semakin kreatif,tidak dinafikan kadangkala kita mudah tertipu dengan ilustrasi rekabentuk sesuatu produk.kadangkala jika anda amati botol kaca anda akan perasan bahawa terdapat selapis lagi dan disitulah kita boleh lihat takat kuantiti minyak wangi dalam produk.Jadi,apa yang sya sarankan..lihat shaja kuantiti yang tertera di kotak botol tersebut.Jangan kerana hanya kotak atau botol yang besar,anda terus mengangap anda untung..maaf anda silap.Dan sekarang wangian botol2 kecil sedang hangat di pasaran.Tapi malangnya terlalu banyak pesaing produk,dan tidak dinafikan akan berlaku peng-klonan produk.Jadi ikuti langkah berikutnya..


* Tester
- semua orang sukakan botol yang tertera ayat TESTER bukan?dengan sepantas kilat kita terus mengambilnya dan spray di pergelangan tangan.*pssssttt...wanginyaaa.....!!!ehh,copp..wangi memanglah wangi..kalau tak,tak akan dipanggil minyak wangi bukan?okay,senang cerita,lepas spray di pergelangan tangan anda,gosok2 la sedikit..dibaju ke mana..biarkan selama beberapa minit.Adakah kekal keharumannya?Adakah wangian tersebut membuatkan hidung anda rasa pedih dan ingin bersin?maka ianya bukan wangian yang sesuai.Kerana ianya kemungkinan  tidak tahan lama..tiruan malah boleyh mandatangkan kemudaratan pada kulit anda...


* Goncanagan
kadangkala  melalui goncangan sahaja,kita boleh meneka andai sesuatu produk tiruan atau asli atau @#$%^&*.macam mana ek?mudah sahaja..gocang perlahan-lahan botol tersebut..sambil itu berikan tumpuan pada kocakan minyak wangi tersebut dan bunyinya..seperti biasa.jika ianya pekat,berbunyi tidak pelik didengar..maka ianya minyak wangi yang sesuai.

* Tanpa alkohol
pada kebiasaanya formula haruman ialah 90% kandungan bahan air manakala 10% lagi adalah minyak(pati) wangian.Bagi menggabungkan kedua-dua bahan ini,sejenis bahan yang dipanggil enthanol(alkohol) digunakan.Oleh itu,lebih baik menggunakan minyak wangi tanpa alkohol kerana kepekatan dan ketahanan bauan daripada bau minyak wangi juga menjadikan ianya lebih tahan lama.

* Maklumat
- dapatkan maklumat mengenai fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (EDP) atau Eau de toilette ( EDT)



# INGAT !!!

* Berhati-hatilah ketika membuat pilihan.Plihan yang tidak tepat mengundang kemudaratan pada anda,.malah amat  merugikan anda.
* Jika anda membeli melalui on-line,katalog atau yang setanding dengannya..sebaik-baiknya..ELAKAN..kerana anda berkemungkinan besar mudah terpengaruh dan tertipu.
* Bau haruman pada botol  tidak semestinya sama selepas anda memakainya.Sebaiknya,sembur haruman pada kertas atau pergelangan tangan untuk mendapatkan pengesahan.
* Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan ,bahagian leher untuk memastikan haruman tahan lama :)
* Tiap-tiap manusia mendapat kesan haruman yang berbeza kerana faktor biologi dan hormon badan individu adalah berbeza.
* Pada kebiasaanya,hidulah biji kopi jika anda ingin menghilangkan bau haruman pertama,sebelum mencuba haruman lain.
* Mekipun terdapat produk yang menjanjikan keharuman berkekalan berjam-jam namun,sebenarnya secara purata kesan bau haruman han ya mampu bertahan sehingga 4 jam sahaja.

Fakta-fakta menarik tentang minyak wangi :

* Berasal dari perkataan parfum dari Latin yang bermakud ASAP .
Seni pembuatan minyak wangi bermula oleh orang Mesopotamia dan Mesir,diikuti oleh Rom dan Parsi.-->sukatan sejarah form 4 nie n_n .
* Jenama Tapputi adalah minyak wangi wanita yang pertama di dunia.
* Mengggambarkan metafora muzik yang mempunyai 3 set "nota" iaitu nota asas yang wujud pada saat kali pertama ianya digunakan.Nota tengah pula wujud saat aroma semburan kali pertama tadi menghilang dan nota asas ialah aroma yang wujud selepas beberapa ketika ia digunakan dan ianya menghasilakn satu aroma ynga harmoni bersesuaian.

!!!Kemudaratan kulit !!!

Inilah kebaikan sebenarnya menggunakan minyak wangi yang bebas daripada campuran alkohol.Ini kerana ada juga dikalangan kita alah pada minyak wangi yang beralkohol sehingga memberikan kesan yang memudaratkan pada kulit jika terdedah dalam tempoh yang lama.Bagi saya,kandungan alkohol amat diragui kandungannya..dan sukar dijangkakan antara ramuan yang digunakan.Jadi bagaimana untuk mengesan sesuatu produk itu mengandungi alkohol ataupun tidak?mudah sahaja..semburkan minyak wangi tersebut di pergelangan tangan anda dan jika dapati ianya sejuk dan mengering maka wangian itu mempunyai kandungan alkohol.


Salam..


gambar hanya untuk perhiasan semata-mata