Sabtu, 15 Disember 2012

Bermulanya kisah seorang pelajar..

    Alhamdulillah,itulah kata-kata yang mampu aku ucapkan sebaik segala urusan aku selesai.Sukar untuk aku gambarkan betapa sebaknya hati aku sebaik melepaskan dakapan kedua ibu bapaku.Ya,aku pergi...jauh dari sisi keluarga..mengejar impian ingin menggengam segulung ijazah,ianya memerlukan sebuah pengorbanan dari diriku sendiri.Pahang merupakan sebuah tempat asing bagiku,tiada saudara mara,jauh dari mata keluarga dan rindukan yang tercinta sudah terbiasa bagi mereka yang bergelar pelajar." tahniah ,anda diterima dalam kemasukan politeknik Muadzam Shah,Pahang " itu antara pesanan ringkas yang aku terima.Serba tidak kena aku dibuatnya,gembira berbaur hiba..kerana terlalu yakin aku akan ke Melaka dan entah bagaimana aku diterima masuk ke Pahang.Aku akur,jelas kelihatan dari wajah kedua ibu bapaku mengharap aku menerima tawaran ini.Tak mengapa,jauh dari mata dia,kalau ada jodoh tak kemana bukan?.

       Sembilan disember,setelah selesai mendaftar,.aku berehat sebentar memikirkan adakah keputusan aku buat ,pilihan aku ini adakah benar-benar menjamin masa depan aku yang lebih cerah?adakah aku mampu memberikan score terbaik?dan bermacam-macam tanda tanya berlegar-legar di benak fikiranku.hmm..entahlah...setinggi mana kita pergi,ingatlah asal usul kita..itu yang penting.Aku datang untuk belajar..kini bukan masanya untuk bermain-main seperti zaman sekolah dulu..Segalanya harus diubah tidak kiralah dari apa aspek sekalipun , demi melihat ukiran senyuman kepuasan dari kedua orang tuaku..ya,aku rindu itu,dan aku adalah satu-satunya harapan keluarga.Dan aku nak buktikan  bahawa anak bongsu boleh berdikari dalam hidup sendiri ,tidak terlalu bergantung pada ibu bapanya selalu.


     Seminggu sudah masa berlalu,nasiblah aku pernah melalui kehidupan berdikari sewaktu menjalani PLKN dahulu.Aku sudah boleh menyesuaikan diri aku walau hati memberontak ingin pulang ke rumah,tapi apakan dayaku,.jarak perjalanan terlalu jauh..tunggulah saat yang sesuai yang diizinkna bapaku untuk pulang ke rumah..Tidak mengapalah zati,segala yang berlaku ada hikmahnya..sabarlah wahai hati..jangan kau terlalu ikutkan perasaan ini.,kelak ianya meracuni diriku ini ...yeeahh,,tak pe,,minggu depan sudah cuti crismas..im coming home pjay ....jyeahhhh !!!! hehe...alrite that all for now...bye :)