Khamis, 20 September 2012

Fakta tentang minyak wangi :)


 Pada zaman yang serba moden nie,memang sukar untuk sya menafikan bahawa kepelbagaian minyak wangi kadangkala menyukarkan anda membuat pilihan yang bijak sebelum membeli sesuatu produk tersebut lebih-lebih lagi ketika sale.Jadi disini sya ingin berkongsi bagaimana untuk membuat pilihan yang terbaik untuk diri dan sebagai pengguna yang bijak.Teruskan pembacaan anda.. :)

Perkara yang perlu dilakukan sebelum membeli :

* Lihat saiz botol
- dengan kewujudtan pereka-pereka produk yang semakin kreatif,tidak dinafikan kadangkala kita mudah tertipu dengan ilustrasi rekabentuk sesuatu produk.kadangkala jika anda amati botol kaca anda akan perasan bahawa terdapat selapis lagi dan disitulah kita boleh lihat takat kuantiti minyak wangi dalam produk.Jadi,apa yang sya sarankan..lihat shaja kuantiti yang tertera di kotak botol tersebut.Jangan kerana hanya kotak atau botol yang besar,anda terus mengangap anda untung..maaf anda silap.Dan sekarang wangian botol2 kecil sedang hangat di pasaran.Tapi malangnya terlalu banyak pesaing produk,dan tidak dinafikan akan berlaku peng-klonan produk.Jadi ikuti langkah berikutnya..


* Tester
- semua orang sukakan botol yang tertera ayat TESTER bukan?dengan sepantas kilat kita terus mengambilnya dan spray di pergelangan tangan.*pssssttt...wanginyaaa.....!!!ehh,copp..wangi memanglah wangi..kalau tak,tak akan dipanggil minyak wangi bukan?okay,senang cerita,lepas spray di pergelangan tangan anda,gosok2 la sedikit..dibaju ke mana..biarkan selama beberapa minit.Adakah kekal keharumannya?Adakah wangian tersebut membuatkan hidung anda rasa pedih dan ingin bersin?maka ianya bukan wangian yang sesuai.Kerana ianya kemungkinan  tidak tahan lama..tiruan malah boleyh mandatangkan kemudaratan pada kulit anda...


* Goncanagan
kadangkala  melalui goncangan sahaja,kita boleh meneka andai sesuatu produk tiruan atau asli atau @#$%^&*.macam mana ek?mudah sahaja..gocang perlahan-lahan botol tersebut..sambil itu berikan tumpuan pada kocakan minyak wangi tersebut dan bunyinya..seperti biasa.jika ianya pekat,berbunyi tidak pelik didengar..maka ianya minyak wangi yang sesuai.

* Tanpa alkohol
pada kebiasaanya formula haruman ialah 90% kandungan bahan air manakala 10% lagi adalah minyak(pati) wangian.Bagi menggabungkan kedua-dua bahan ini,sejenis bahan yang dipanggil enthanol(alkohol) digunakan.Oleh itu,lebih baik menggunakan minyak wangi tanpa alkohol kerana kepekatan dan ketahanan bauan daripada bau minyak wangi juga menjadikan ianya lebih tahan lama.

* Maklumat
- dapatkan maklumat mengenai fungsi minyak wangi iaitu daripada jenis Eau de Parfum (EDP) atau Eau de toilette ( EDT)



# INGAT !!!

* Berhati-hatilah ketika membuat pilihan.Plihan yang tidak tepat mengundang kemudaratan pada anda,.malah amat  merugikan anda.
* Jika anda membeli melalui on-line,katalog atau yang setanding dengannya..sebaik-baiknya..ELAKAN..kerana anda berkemungkinan besar mudah terpengaruh dan tertipu.
* Bau haruman pada botol  tidak semestinya sama selepas anda memakainya.Sebaiknya,sembur haruman pada kertas atau pergelangan tangan untuk mendapatkan pengesahan.
* Sembur minyak wangi pada pergelangan tangan ,bahagian leher untuk memastikan haruman tahan lama :)
* Tiap-tiap manusia mendapat kesan haruman yang berbeza kerana faktor biologi dan hormon badan individu adalah berbeza.
* Pada kebiasaanya,hidulah biji kopi jika anda ingin menghilangkan bau haruman pertama,sebelum mencuba haruman lain.
* Mekipun terdapat produk yang menjanjikan keharuman berkekalan berjam-jam namun,sebenarnya secara purata kesan bau haruman han ya mampu bertahan sehingga 4 jam sahaja.

Fakta-fakta menarik tentang minyak wangi :

* Berasal dari perkataan parfum dari Latin yang bermakud ASAP .
Seni pembuatan minyak wangi bermula oleh orang Mesopotamia dan Mesir,diikuti oleh Rom dan Parsi.-->sukatan sejarah form 4 nie n_n .
* Jenama Tapputi adalah minyak wangi wanita yang pertama di dunia.
* Mengggambarkan metafora muzik yang mempunyai 3 set "nota" iaitu nota asas yang wujud pada saat kali pertama ianya digunakan.Nota tengah pula wujud saat aroma semburan kali pertama tadi menghilang dan nota asas ialah aroma yang wujud selepas beberapa ketika ia digunakan dan ianya menghasilakn satu aroma ynga harmoni bersesuaian.

!!!Kemudaratan kulit !!!

Inilah kebaikan sebenarnya menggunakan minyak wangi yang bebas daripada campuran alkohol.Ini kerana ada juga dikalangan kita alah pada minyak wangi yang beralkohol sehingga memberikan kesan yang memudaratkan pada kulit jika terdedah dalam tempoh yang lama.Bagi saya,kandungan alkohol amat diragui kandungannya..dan sukar dijangkakan antara ramuan yang digunakan.Jadi bagaimana untuk mengesan sesuatu produk itu mengandungi alkohol ataupun tidak?mudah sahaja..semburkan minyak wangi tersebut di pergelangan tangan anda dan jika dapati ianya sejuk dan mengering maka wangian itu mempunyai kandungan alkohol.


Salam..


gambar hanya untuk perhiasan semata-mata

Tiada ulasan: